PASANGAN HIDUP
Cari - carilah...
pasangan hidup betul - betul oh kawan
bahagia berseri
rumah tangga akan harmoni...
Masa nak tulis artikel ni teringat aku lagu kumpulan Rabbani, Cari Pasangan. Lagu ni mengisahkan tentang bapa kepada Sheikh Abdul Kadir Al - Jalaini, seorang sufi yang hebat satu ketika dulu. Ada satu hari tu, sufi ni sedang letih dan lapar bermusafir. Tiba - tiba, dia ternampak sebiji epal hanyut dalam sungai. Dia pun terus ambil epal tu dan makan tanpa berkompromi lagi. Masa makan, dia teringat, epal siapa yang dia makan ni? Dia wajib minta izin kalau tak epal ni akan jadi darah daging dan akan dibakar oleh api neraka kelak.
Menyedari hal itu, dia pun menyusuri sungai itu untuk mencari tuan punya epal itu. Jalan punya jalan, dia terjumpa sebuah kebun epal. Dia pun jumpa dengan tuan punya kebun itu dan cerita pasal epal tadi. Kemudian si sufi tersebut berkata kepada tuan kebun,"Wahai tuan punya epal yang telah aku makan, arahkanlah aku apa saja agar aku dapat membayar semula epal yang telah aku makan tadi." Tuan kebun pun berkata," Kan ku arahkan kau agar bekerja denganku dan berkahwin dengan anak perempuanku yang buta matanya, pekak telinganya, bisu lidahnya, lumpuh kedua tangan dan kakinya, tak mampu menghias diri." Si sufi terkejut namun redha kerana mungkin itulah jodohnya. Dia pun menurut saja arahan tuan kebun itu.
Dipendekkan cerita, setelah beberapa lama bekerja dengan tuan kebun, tibalah hari si sufi dikahwinkan dengan anak tuan kebun. Setelah dinikahkan, tibalah malam pertama untuk kedua - dua pengantin. Masuk saja ke bilik pengantin, si sufi terkejut melihat wanita yang berada di atas katilnya. Lantas dia terus keluar dari bilik dan berjumpa kembali dengan mertuanya seraya bertanya," Di mana isteriku?" Mertuanya menjawab," Ada di dalam bilik." Kata si sufi lagi," tetapi di dalam bilikku terdapat seorang gadis yang amat cantik." Kata mertuanya," Itulah isterimu". " Tapi katamu isteriku buta, pekak, bisu, dan lumpuh. Tidak sama seperti gadis di dalam bilik itu," protes si sufi. " Benar, dia buta, pekak, bisu dan lumpuh. Dia buta kerana tidak pernah melihat perkara maksiat, pekakkerana tidak mendengar perkara yang berdosa, bisu kerana tidak pernah bercakap tentang perkara yang buruk dan lumpuh kerana tidak pernah melakukan amalan keji," kata mertuanya. Maka si sufi pun tunduk bersyukur kepada Allah kerana menemukannya dengan pasangan yang baik dan solehah.
Begitulah kisahnya pertemuan jodoh antara dua insan taqwa. Apa yang ingin ditekankan dalam artikel ini ialah cara mencari pasangan. Bukannya aku nak suruh korang cari pasangan masa ni tapi sebagai panduan je. Mana la nak tau kot - kot ada antara korang yang dah berpasangan. Panduan ini skurang - kurangnya dapat menyedarkan korang betul ke orang yang jadi pasangan korang tu akan jadi bini or laki korang dan yang lebih penting, adakah girlfriend or boyfriend korang tu akan jadi isteri or suami yang baik.
Mula - mula aku nak terangkan sikit kenapa pentingnya cari pasangan yang baik ni. Pasangan ni ialah seseorang yang korang akan kongsi hidup. Maksudnya, sampai mati pun korang akan bersama, sama - sama hasilkan zuriat, harungi hidup, dan diberi tanggungjawab oleh Allah SWT. Antara salah satu ciri - ciri lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka ialah apabila lelaki itu tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan lagi untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri...walaupun dia seorang yang alim (solat tak tangguh, puasa tak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Apa yang lebih besar untuk aku beritahu kat sini ialah daulah Islam itu sendiri. Yang tadi itu lebih menjurus kepada individu tapi yang lebih penting ialah umat. Kata As - Syahid Imam Hassan Al - Banna, Islam perlu bangkit melalui 7 prinsip yang mana bermula dengan Individu Muslim, diikuti keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam, pimpinan Islam, negara Islam dan yang paling tinggi, daulah Islamiah.
Maksud hadis Nabi SAW; Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Wanita dikahwini kerana empat hal, kerana harta bendanya, kerana status sosialnya, kerana keindahan wajahnya dan kerana ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia. Nabi telah mengajar para belia sekalian cara untuk memilih pasangan hidup yang jika kalian mengikutinya, insyaAllah akan berbahagia dunia dan akhirat.
Baginda SAW telah meletakkan ketaatan kepada agama Islam sebagai perkara utama yang perlu diperhatikan dalam menentukan pasangan hidup. Mengapa? Hal ini adalah kerana peribadi yang iltizam dengan agama pasti merupakan individu yang disenangi. Bukankah agama mengajar pengikutnya berakhlak mulia; taat kepada suami, sentiasa bermanis muka, menjaga batas - batas pergaulan, menjaga aurat, dan lain - lain? Itulah sebabnya peribadi yang tinggi iltizamnya dengan agama dijadikan pilihan utama oleh baginda SAW dalam pemilihan pasangan hidup.
Seterusnya tiga sebab lain perempuan dikahwini yang dinyatakan oleh baginda SAW di dalam hadis di atas adalah berdasarkan pilihan sendiri. Ada yang lebih senang dengan wanita cantik daripada yang baik keturunannya, ada pula yang lebih senang denga wanita yang kaya daripada yang baik paras rupanya, begitulah seterusnya.
Lelaki yang aku respect kat KMB ni, aku tau demand korang memang tinggi. Korang dah la bijak, pandai, macho, nak study kat oversea pulak tu, so korang mestila kena da taste yang tinggi. Takkan korang nak cari perempuan yang memang terkenal dengan pergaulan bebas, tepuk tampar dengan lelaki macam main bola tampar, pakai pakaian tak cukup kain, cakap main lepas, gelak macam pontianak harum sundal malam, akhlak tak reti nak cover, pakai baju macam balut nangka, seluar macam orang lumba basikal, make up macam momok dan seangkatan dengannya. mestilah nak cari wanita solehah betul tak?
Itu untuk lelaki, untuk perempuan kat KMB pulak, korang dah la cerdik, bijaksana, pintar, comel lote, cun, ambil IB program pulak tu, takkan la korang suka kalau korang punya pasangan buaya, pecah rumah, playboy, suka pegang sana pegang sini, raba sana raba sini, cium sana cium sini dan yang sealiran dengannya.
Kesimpulannya, kat sini aku nak tegaskan betapa pentingnya mencari pasangan yang baik. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita, untuk hidup kita, untuk keluarga kita, untuk keturunan yang kita akan hasilkan kelak, untuk akhirat kita juga. Yang paling penting ialah untuk umat kita yang makin layu ni. Jadi, untuk lelaki yang dah berpasangan, fikirlah, betul ke perempuan yang jadi pasangan korang tu akan jadi isteri atau ibu yang baik? Untuk perempuan, fikirkanlah sama ada lelaki yang bergelar boyfriend anda tu ke yang akan bawa anda ke syurga Allah nanti..??? Betul ke pilihan korang? Ha? Fikirkanlah...